Sekelumit Kisah & HOUSE OF NALYAA :)

HANDBAG PERFUME BEAUTY PRODUCTSCLOTHINGHEALTH PRODUCTSSHOES Dinner Bag ACCESSORIES CAFEPURCHASE ORDER
Friday, January 30, 2015 @ 12:04 AM | 0 rindu sama aku [s]



Woot Woot !!! Tumpang lalu jap , jap jeee kiki emoticon

<< Risha Joobah >>

Material : Thick Satin (Bahagian Atas) + Chiffon (Bahagian Bawah & Ada Lining) + Sequin (Pergelangan Tangan).
☆ Tali Boleh Tanggal & Tak Melekat
☆ Bf Frendly
☆ Wuduq Frendly
☆ Ada 7 Colour Yg Menarik


Size : Free Size ( Fit XS To L)

UKURAN
Bahu : 15"
Dada : 37"
Pinggang : 33"
Panjang Lengan : 22"
Labuh Jubah : 56.5"

PRICE : RM90 (include postage SM & SS)

Berminat boleh Whatsapp saya ye :)

>> 0 1 4 - 6 0 6 5 4 0 4 <<
Thursday, July 4, 2013 @ 2:29 PM | 1 rindu sama aku [s]

Hari ni sudah enam hari saya berada di Kampus UMP Gambang , seriously seronok sangat stay sini . Room mate semua best , classmate best dan kehidupan sebagai seorang mahasiswi tersangat la AWESOME <3
Friday, May 24, 2013 @ 12:26 PM | 1 rindu sama aku [s]

Assalamualaikum wahai pembaca blog yang setia , salam Jumaat yang barakah dan salam ukhuwah fillah . Maaf ye , hari nie saya ingin menulis tentang peribadi and not for business :') Mungkin dengan cara penulisan saya dapat meluahkan kesedihan , penyesalan dan rintihan hati ini yang tidak mampu diluahkan kepada sesiapa pun . Senyuman yang terus terukir hanyalah palsu semata-mata , hanya atas dasar untuk melindungi rasa kesedihan yang telah lama terpendam tanpa seorang pun tahu . Terlalu banyak dugaan yang menimpa sejak dua bulan ini dan terlalu banyak rintangan yang harus diharungi sendiri tanpa ada bantuan sesiapa pun secara hakikatnya walaupun ramai juga yang memberi semangat untuk meneruskan hidup ini , hanya Allah yang dapat membantu tapi mungkin belum tiba masanya lagi untuk diri ini menerima bantuan daripada-Nya . Hanya mampu bersabar dan berdoa , redha dengan takdir Ilahi yang tidak mungkin dicabar oleh diri ini yang cuma insan biasa . Realiti yang tidak mampu lagi dinafikan , diri ini terlalu merindui si dia yang bernama SAHABAT . Sahabat yang sentiasa ada di kala diri ini ditimpa masalah , sedia mendengar segala luahan dan kekesalan yang tebuku di hati , curahan nasihat yang tak pernah henti , bantuan yang sentiasa dihulurkan tanpa henti selagi mampu dan kerajinan beliau melayan kerenah keanak-anakan diri ini tanpa mengenal erti jemu . Namun , diri ini yang mengambil keputusan untuk kehilangan sahabat tersebut kerana tidak berani mengambil risiko untuk memberi harapan dalam soal hati dan perasaan kepadanya , sememangnya sudah tertulis bahawa perempuan dan lelaki tidak mungkin dapat menjadi sahabat kerana salah seorang pasti akan menyimpan perasaan yang lebih dari itu . Disebabkan perasaan yang si dia pendam terhadap diri ini , hati ini mula merasa takut untuk rapat dengannya . Takut diri ini akan melukakan hati insan sebaiknya , takut diri ini akan mengecewakannya lebih dalam lagi dan takut perasaan sayang dan nilai persahabatan itu akan hilang kesuciannya . Walaupun berat untuk si dia menerima hakikat , alhamdulillah kini si dia telah mampu menjauhkan diri daripadaku . Melupakan diri ini dan membuang semua perasaan yang pernah disimpan terhadapku . Tapi secara jujurnya hati ini merasa kosong tanpa si dia , sahabat yang dirindui :')